Thursday, July 06, 2006

Bengkel Perancangan Strategik dan Pengurusan

Bengkel ini telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak bersama Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sarawak pada 3-4 Julai 2006. Seramai 19 peserta dari pelbagai organisasi di Semenanjung dan Sarawak telah menghadiri bengkel ini.

Ia telah dirasmikan oleh Prof Murtedza Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS.

Di dalam bengkel ini, perbincangan adalah meliputi bagaimana untuk merancang dan mengetuai pelan pengurusan strategik di dalam Perpustakaan dan Pusat Maklumat. Ia juga menekankan rasional pengurusan strategik, perancangan seperti misi, visi, matlamat dan objektif. Aspek lain yang dibincangkan adalah seperti proses mengimplementasi yang merangkumi polisi, peraturan, prosidur dan bagaimana menguruskan perubahan, konflik dan krisis dalam menjayakan semua perancangan strategik yang telah diputuskan.

Proffesor Dr. Szarina Abdullah dari Bahagian Penyelidikan dan Perundingan, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam bertindak sebagai penceramah.

Objektif bengkel ini adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan terhadap perancangan strategik dan membolehkan para peserta menimba pengetahuan di dalam proses-proses yang terlibat di dalam merancang pengurusan strategik kepada organisasi mereka.

Di harapkan semua peserta mendapat manfaat daripada bengkel ini dan terima kasih kepada semua staf CAIS UNIMAS dan PPMKSAR kerana menjayakan bengkel ini.